Kawan   
Posted on Jun 25, 2015 @ 6:54 PM with 0 comments

Kawan
Kawan susah dan kawan senang
Suatu petang kawannya minta tolong

"Jom teman aku pergi beli tiket bus nak tak?"
"Tapi aku tengah cirit birit ni, 5 kali dah aku ulang alik tandas.Takpe, kau siap je dulu"
"Ok"

Dan dengan keadaan yang dimana dia cuba gagahkan diri untuk temankan kawannya ke bustand beli tiket, dan kembali semula ke rumah. Walau kadang kala naik turun naik turun bulu romanya menahan kemeragaman perutnya itu.

"Japgi pergi pasar malam nak? Aku teringin nak makan murtabaklah"
"Tapi perut aku meragam ni. Takpe, nanti aku pergi cari tandas memana kat pasar malam tu, eh?"
"Ok"

Suatu hari kawannya meminta tolong

"Jom teman aku cari baju untuk dinner nak tak?"
"Tapi aku ada rehearsal jam 5. Sekarang pukul 2.30 aku takut tak sempat"
"Tapi harini je aku free"
"Emm, takpe, kau siap je dulu"
"Ok"

"Baju mana ok? Baju ni ok tak?"
"Ok je ni pun lawa"
"Tapi aku rasa ni lawa, jom pergi kedai lain pulak"
Dia melihat jam pukul 4.30."

Sorry aku tak dapat datang rehearsal petang ni
Kenapa?
Sebab, aku teman membe Sebab aku senggugut
Ok ok takpe

Suatu hari kawannya mengadu

"Aku tak faham lah subjek ni. Apa lah lecturer ni membebel"
"Nanti balik kita study kat library eh?"
"Alaaa exam lama lagi, nantilah. Kau ajar aku tau?"
"Ok"

Tetapi suatu hari dia meminta tolong kawannya

"Aku tak perasan dalam purse aku tinggal rm2, aku nak pergi atm sensorang bus takde. Nak jalan sensorang atm jauh. Kau teman aku ke atm jom?"

Cuma ditinggalkan blue tick.


Template by qsstory. Re-edit by me.