Posted on Jun 10, 2015 @ 5:21 PM with 0 comments

Wanita itu kuat, walau jasadnya rapuh
Hadirnya di cerca orang kerna berbeza
Puas dia berdiri tanpa berpaut pada lidah-lidah ular
Puas dia mencari erti bahagia dicelah-celah penindasan
Puas dia mendefinisikan ludahan kejam

Wanita itu kuat, walau hatinya ranap
Hadirnya dia melindungi
Puas dia merelakan panahan tombak-tombak kesusahan
Puas dia menadah berbaldi-baldi tomahan
Puas dia mencantumkan keping-keping kesabaran

Agar puteri-puterinya senang

Wanita itu kuat
Wanita itu aku panggil mama


Template by qsstory. Re-edit by me.