Posted on Aug 7, 2013 @ 1:37 AM with 0 comments

Saban hari yang meniti detik ke detik. Setiap selak kalender yang berlalu helai demi helai. Semua yang lepas cuma tinggal sisa-sisa naskhah ceritera. Sisa-sisa yang cuma layak dibukukan. Dan bila sampai waktu kau rindu, kau buka dan kau tatap semula dan simpan. Itu kalau kenangan bisa dibukukan. Andai kata kenangan kita umpama angin, yang ditiup kencang lalu dirembes terpaut mengikut onak taufan. Hilang ditelan ribut. Dan cuma kenangan yang boleh disebut. Itu kalau kau mampu untuk menyebut. Mampu untuk mengaku yang aku masih dalam kenangan itu.

Sebab semua liku liku lepas semuanya tinggal kenangan yang semakin jauh tinggal ke belakang.
Hari-hari yang cuma kita isi dengan bodoh-bodah bersama
Cuma tinggal lagu yang tiada liriknya
Tiada liriknya yang kau sambungkan
Tiada liriknya yang kau nyanyikan
Tiada lagi yang kau laku bersama kita
TIADA



Dan aku masih terkapai-kapai
Masih ada ke kawan baik untuk aku?


Template by qsstory. Re-edit by me.