Dec 26, 2012


Berjalan menginterpretasikan ketenangan.
Di lorong-lorong yang berderetan poster-poster artis.

"Eh? Muka dia macam...."
"Macam.....?"
"Macam......"
Sambil mengetap bibir.
"Ah! Lupakan"

Mirip kau.

Duduk di warung seorang.
Datang seorang jejaka tinggi lampai.

"Depan ni ada orang tak?"
"Eh???". Sambil berkerut muka mulut separuh ternganga.
"Hello?", ujar lelaki itu sambil memetik jarinya.
"Oh, tak ada. Duduklah"

Macam kau.

Pergi ke class driving seperti selalu.
Menunggu giliran.
Melihat kereta bertampalkan L lalu lalang.

"Eh cuba tengok yang dalam kereta tu"
"Yang mana?"
"Yang pakai baju kelabu yang muka lonjong tu"
"Ohh kenapa?"
"Sebiji gila macam si...."
"Si....... siapa?"
"Hmm, takde papelah"

Sungguh!
Iras kau.

Tapi yang sebenarnya aku dibayang-bayang mimpi siang.
Yang sebenarnya semua itu tak wujud.
Ilusi bodoh.