Sep 17, 2012

-

Bukan bertepuk sebelah tangan
Bukan menanti bulan jatuh ke riba
Bukan itu
Bukan!
Tapi bila demi cinta yang enigma
Seakan memaksa naluri berbicara
Melawan keegoan diri membara
Mengungkap senafas rasa
Rasa yang telah terkubur lamanya
Rahsia
Menunggu masa untuk membongkarkan segalanya

Bukan pengecut
Tapi bila suatu persahabatan selesa terbina
Nostalgia dilukis bersama
Kenangan diukir bahagianya
Warna warna tercorak indahnya
Bila hanya kerana cinta yang binasa
Persahabatan bisa ternoda begitu saja
Putus
Retak
Hanya kerana cinta

Cinta yang prejudis!
Cinta yang kejam!
Love is unfair!
Once again,
UNFAIR!

Bila tiba masanya untuk meluahkan
Seribu rasa yang sekian lama tersimpan
Gentar
Seram
Takut
Takut akan indahnya hari hari yang dilalui bersama
Terhenti hanya kerana cinta
Tapi bila satu kekuatan
Kekuatan yang cuba membangkitkan ketakutan kegelapan
Bila semuanya terang terluah
Lega
Lega kerana akhirnya
Rasa yang kejam menguasai jiwa
Rasa yang bodoh memonopoli raga
Terlepas dari sengsara propaganda cinta
Akhirnya walaupun kecewa

Aku respect orang yang cekal begini. Jiwanya kental. Ditepisnya keegoan ketakutan kegawatan hanya kerana cinta. Bila tiba masanya, hala yang gelap mampu dilalui. Jalan yang pilu mampu ditempuhi.


Ahh!
Hakikatnya aku tak mampu
Aku pengecut
Aku takut