Jun 13, 2012

Random Peoples.

Salam pembuka bicara. Sememangnya aku tidak petah dalam pengetahuan. Tapi kau harus tahu apa yang aku mahu beritahu sebelum engkau tahu daripada orang yang tidak tahu apa-apa. Pergi makan tauhu! Sekian.





Dalam setiap detik, dalam setiap minit. Perasaan seseorang bisa berubah tanpa dipaksa, tanpa diminta. Ah. Kali ini, biarkan aku bermadah berhelah berpuitis berjiwang berkarat. Tidak berkenan. Mohon tekan pangkah diatas.

Kawan akan sentiasa ada disisi ketika kita dalam kesusahan, suka, duka, gelak, tawa mahupun sengsara. Bila berjauhan, rasa rindu sangat. Saya harap awak yang di selatan Australia juga rindukan kita yang nun jauh di barat tenggara Amerika Selatan. Ehhh? Bukak google map jap. Okay continue. Kawan ketawa memang mudah dicari. Tidak dinafikan lagi. Tapi kawan tangis, duka? Too difficult. Ada ke orang menangis sorang sorang? Ketawa sorang sorang? Ada pun orang gila macam kau je. At least, mesti ah kita luahkan dekat orang yang kita percayai. Tapi zaman sekarang ni memang susah nak percayakan orang. Tuh! Orang sebelah tu. Bukan boleh percaya sangat pun. Entah entah bekas kontraktor LeggoLand ke. Perompak keju kat supermarket ke. Siapa tahuuuuuuu. Sekarang ni banyak benda boleh jadi. Dan kita tak mintak pun semua tu berlaku. Pasal lelaki pun dua individu boleh bermusuhan berdendam membenci. Bayangkanlah…….. Dorang ingat dorang comel sangat ke apa bergaduh berebutkan benda yang remeh temeh. Aku wresling jakgi biar patah enam tulang pelikat kau baru tahu.

Mereka kurang kasih sayang barangkali. Tak pun tak pun, iri hati dengan keistimewaan seseorang. Come on bebeh. Kenapa perlu membenci sedangkan Allah dah kurniakan setiap manusia tu mempunyai keistimewaan masing masing. Memanglah kita tak perfect. Saya tak perfect. Awak tak perfect. Dia dia dia pun tak perfect. Paling tak pun janganlah membenci sampai memaki menjatuhkan maruah seseorang. Cuba awak dekat tempat dia? Awak mesti malu tahap dewa 98754321 kuasa 12. Kann? Orang tak matang je akan buat macam tu. Lagi kalau awak tahun ni ambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM and so on. Cuba kalau orang tu taknak maafkan awak? Pastu bila awak nak jawab exam dah tercungap cungap tak dapat jawab. Stress. Tension. Tertekan. Hentak kepala kat meja. Mati kat dewan peperiksaan. Tak sempat nak mintak maaf macam mana? Ya Allah. Semoga Allah buka pintu hati awak. Amin.


Kami manis bertudung. Ahakzzz. “Tak guna kalau solat penuh tapi tak menutup aurat” –Kata kawan saya yang dalam gambar tu. “Memanglah yang bertudung tak semestinya baik, tapi yang baik semestinya bertudung” – sumber dari Twitter. Tapi bila kita ingin berubah kearah kebaikkan, Allah hujankan dengan pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan. Sebab apa? Sebab Allah sayangkan kita. Dia nak kita belajar untuk bersabar, bertawakal serta ingat akan-Nya. Jangan mudah putus asa. Adatlah jika ada anasir anasir yang cuba memprotes serta ke-tidak-puas-hati-an. Bapak ah ayat aku. Kamus manalah aku rujuk ni. Hehe. Selagi ada orang yang memberi semangat dari belakang, janganlah cuba mematahkan semangat itu. Awak kuat. Awak mampu hadapi semua itu. Smile at the idiots that brings you down, who think they're better. Don’t ever cry for them. Note to myself also.

I’m exactly not dedicating for someone. Those who yang terasa, I am sorry, I didn't intend at all. I just wrote this from random topic. Harap maklungg. Salam sayang dari saya. Assalamualaikum. xoxo