Apr 16, 2013

Lebuh raya yang lenggang gelap cuma bertemankan lampu kereta menyuluh jalan
Hati yang retak retak dikutip, digam, dibiar mati kering
Bulan yang ditutup awanan
Mendung malam
Angin sayup-sayup bertiup-tiup makin dan semakin bertiup
Kadang bukan jalan ini yang aku mau hadap
Bukan
Tapi usaha kita tak sama dengan jalan cerita yang Allah dah tulis
Mungkin jalan aku yang gelap ni
Jalan yang cuma bersuluhkan lampu kereta yang semakin malap ni
Dan mungkin dihujung jalan nanti ada cahaya terang yang menemani
Dan mungkin dihujung jalan nanti ada orang yang betul-betul menunggu aku
Tak pernah putus asa kerana aku
Tunggu aku kerana aku
Sayang aku kerana aku
Cinta aku kerana aku





Bukannya kata sayang berpuluh patah berbuih mulut
Putus asa
Pergi tinggalkan aku