Jan 29, 2013

Tiga keadaan yang cuba untuk aku persampaikan.
Yang bukan aku alami. Tapi cuba selami.
Baca. Fikir. Konklusi sendiri.

Pertama. Kau sayang dia. Tapi kau kongkong dia 24jam. Setiap detik yang mendatang, setiap tempat yang dia pergi, setiap apa yang dia buat, wajib laporkan pada kau. Kalau tidak, mulalah kau kononnya merajuk, marah, tengking, caci, maki, fikir yang bukan-bukan. Sebab setiap apa yang dia lakukan itu kau perlu sangat ambil tahu, dengan siapa, dekat mana. Yang kau mahu, dia kemana-mana itu hanya dengan kau sahaja. 

Kedua. Kau sayang dia. Tapi kau sekat cara dia bersosial dan berkawan. Tak kiralah sama ada kau paksa dia untuk deactivate segala laman sosial internet yang dia ada. Atau kau paksa dia untuk kongsi laman sosial kau dengan dia. Atau dia haruslah tidak berkawan dengan yang berlawanan jantina dengan dia. Atau kau larang semua kawan-kawan yang berlawanan jantina dengan dia untuk contact dia. Ataupun kau bertukar sim dengan dia. 

Ketiga. Kau sayang dia. Tapi kau cerita segala problema kau dengan dia pada umum. Seperti meng-update status Facebook yang panjang berjela yang macam karangan SPM tu hanya untuk meluahkan perasaan kesal misalnya yang kononnya kau harap yang dia nampak apa yang kau cuba protes. Atau kau update-lah dimana-mana laman sosial yang kau ada untuk melepaskan perasaan geram, marah, menyampah terhadap dia. Atau kau menceritakan problema kau pada tah siapa-siapa yang tah boleh dipercayai atau tidak tapi kau percaya orang tu gila-gila punya sampai setiap privasi pun kau ceritakan. 

Kalau sayang,
Perlu ke semua tu?
Kau tak rasa ke itu sesuatu yang zalim menyiksa perasaan seseorang. 
Itu ke sayang?
Macam tu sekali ke?