Posted on Dec 6, 2012 @ 6:01 PM with 1 comments

Kita gembira
Bebas dari yang namanya sekolah
Tapi aku tak rasa semua itu
Mereka tawa-tawa seronok
Bermain dengan kilat lensa
Bercontengan baju-baju
Peluk-pelukan akhir sebagai pelajar menengah
Liuk lentuk bergambar
Aku hanya dibelakang
Si halimunan
Yang tiada seorang mempedulikan
Yang tiada seorang menegur
Yang tiada seorang memanggil
Yang hanya seperti batu tunggul
Yang hanya melihat gembiranya mereka
Tidak penting..................
Mungkin aku bukan seorang kawan
Lalu aku pergi
Bila nanti ingat aku
Cari aku

Selamat tinggal sekolah
Hari terakhir yang bodoh
Bodoh dengan air mata sitolol



Template by qsstory. Re-edit by me.