Nov 17, 2012

Kebarangkaliannya setiap orang itu tipu
Kau. Aku. Dia. Budak itu. Orang itu.
Ya! Semua tipu.
Berani bersenda padahal itu yang nyata
Yang nyata kau mahukan dia tapi kau tipu
"Aku kan ada. Kau kan.... kawan aku"
Menafikan kenyataan bila dia toleh
Malah kau berpaling dan menyatakan
"Tak! dia tak toleh aku"
Mencuba untuk lari dari pernyataan yang dah lama kau tunggu
Bila dia rindu malah kau bisik
"Tak! Itu pasti tipu"
Berlari dari dia yang cuba panggil kau
Bila dia kata hai, kau hanya
"Ohh hai"
Padahal banyak yang kau mahu kata dan kau pendam
Sampai mendak tak terkubur kata-kata yang kau simpan
Sanggup tunggu satu hari nanti kan terungkap
Segala tipu-tipu dusta apakah kan terungkai?
Bila orang itu dan orang ini masing-masing menipu
Meletakkan dusta ditempat yang teratas
Meletakkan dusta sebagai penyelamat
Sampai bila?
Sampai nanti semuanya hilang sekelip mata barulah kau jujur?
Sempat ke?