Posted on Oct 29, 2012 @ 12:17 AM with 0 comments


Kalau umur kita panjang, kita jumpa lagi. Sebelum nanti aku pergi jauh mencapai cita-cita. Mau aku bawak kau pergi tempat yang aku pengen pergi tu. Jadi penasaran aku bila dapat tahu tempatnya mana. Satu bukit yang menghijau. Yang ada cuma pepohon usang. Cukup untuk santapan mata penyejuk dada. Kita tiup buih sabun terbang ditolak angin. Awan capek berarak lembap diatas melarang panas terik mentari supaya kita duduk-duduk sambil bercerita perihal yang macam-macam sambil lihat kau tertawa. Lirik mata kau. Senyuman kau. Mesti nanti aku rindu. Kita bermain kamera bersama paloroid dan tangkap foto banyak-banyak. Simpan untuk ditatap tika sunyi. Hal yang aku mau sangat lakukan dengan kau. Tu kalau-kalau kau ingat aku lagi.


Template by qsstory. Re-edit by me.