Aug 1, 2012

That day........


Dah lama ku singkap perasaan itu. Ku semat didalam lubuk hati. Malu rasanya untuk meluahkan. Kerana itu cara rahsia untuk simpan harapan. Pada waktu itu juga berkumandanglah lagu “Harapan~~ Harapan menjadi layu~~”
Suara dari arah belakang memanggil namaku.

“Iyka!!!!”

Aku endahkan.
Sedang asyik aku menikmati Tutti Frutti Frozen Yogurt bertopingkan buah peach, honey star, chocolate chips dan smarties. Sangat menggugat nafsu makan. Memang bila dah hadap, takkan berpaling pada yang lain lah kan. Seseorang menyergah aku. Orang yang aku maksudkan. Orang yang aku suka. Ya! Orang yang aku crush. Cinta rahsiaku.

“Kenapa I panggil tadi you tak toleh pun?”
Aku terdiam.
Dia panggil aku ke tadi? Ohh terharunya.
“You sorang je ke, Iyka?”
“Yelah. Takkan dengan nenek I pulak. You dengan siapa? Awek?”
“No lah. I dengan kawan I tu semua. Jomlah join”

Aku pun memandang kearah kawan-kawannya sambil menyuap sedikit semi sedikit buah peach ke dalam mulut aku. Seorang kawannya melambaikan tangan kearah aku. Eh? Dia kenal aku? Aku pun membalas lambaiannya. Mungkin lebih baik aku join dorang ni. Orang pelawa, jangan ditolak. Apa lagi kalau crush yang pelawa.

Sedang asyik kami berjalan mengelilingi City Square, disudut tepi deretan kasut Mixit, kelihatan sekumpulan perempuan…… Ya! Aku kenal mereka. Mereka budak sekolah aku yang suka tengok badi badi bila orang lalu. Lepastu mengumpat. Menyampah! Macam dia je yang hidup dalam dunia. Tiba-tiba seorang daripada mereka menghalang aku berjalan.

“Apa kau nak?”, marah aku.
“Kau buat apa kat sini?”
“Ini bukan tempat bapak kau”
“So?”
“So ketepi. Sebelum aku……..”
“Sebelum kau apa??? Berani???”

Tanpa ku duga. Dia menarik kebelakang sanggul ku. Ya Allah.
Aku tak sempat nak control ayu depan crush aku masetu.

“Woiiiii!!!”

Kedengaran suara garau dari arah belakang aku, seolah olah cuba menghalang apa yang berlaku. Ya! Suara lelaki. Aku tak sempat toleh. Ramai orang yang memerhatikan kami.

“Ohh. Hero datang?”, kata perempuan itu sambil menarik kebelakang tudung bawal aku.
Apa motif dia? Settle jelah kat sekolah.
Lelaki itu menolaknya.

“Apa masalah kau?”
“Masalah aku. Aku tak suka dia!!”, tengking perempuan itu sambil menunding jari kearah aku.

Aku tunduk malu. Ramai mata mata tertumpu kepada aku.
PANGG!! Kedengaran satu tamparan hebat.

“Itu habuan sebab kau malukan dia depan orang ramai”,kata lelaki itu lalu pergi kearah aku.

Dia mendapatkan aku. Dia dakap aku. Aku menangis. Aku tak dapat menahan perasaan malu itu. Bayangkan betapa ramainya orang waktu itu yang memerhatikan perkara yang memalukan itu.
Dia bawa aku ke suatu tempat. Ya! Tempat itu diatas bumbung tapi aku tak tahu dimana sebab aku sedang menangis menutup muka dan masih dalam dakapannya.

“Kita sampai”
“Kita kat mana?”
“Kita kat tempat selamat”, katanya lalu mengusap air mataku, membetulkan posisi tudungku.
Aku dapat gambarkan betapa hodohnya aku ketika itu. Tambah lagi depan crush. Mau saja aku pengsan.

“I malu”
“I tahu”
“You tahu?”
“You jangan menangis K?”
“Tapi I malu…”
“Kenapa malu?”
“Depan you. I nangis”
“Tak apa”
Dia tersenyum. Mengusap air mata aku.
“Salah I ke?”, soal aku.
“Tak. Mereka dengki”
“Tapi………..”
“Manusia tak pernah puas”
“Tapi…….”
Saat itu, air mata aku bergelinangan.
Lantas dia mendekatiku. Meletakkan kepalaku dibahunya.
“I ada……”, ujarnya.

Perasaan aku sangat meyakinkan. Aku tak pasti samada dia juga membalas perasaan aku atau sebaliknya. Ahh!! Ini tak mungkin berlaku. Aku cuba bangkit dari sedar. Tapi tidak. Sepertinya ini realiti. Ya! Aku cuba sedar kerana ini semua tak mungkin terjadi. Impossible!!

Rupanya benar. Aku bermimpi. Tersedar. Terus gapai handphone. Jam menunjukkan pukul 10.36 a.m. Mungkin aku terlalu kuat berangan sehingga terbawak ke mimpi….